MENU

Cukai Taksiran atau cukai pintu dikenakan 2 kali setahun iaitu penggal pertama pada Januari (bayaran sebelum 28 Februari) dan penggal kedua pada Julai (bayaran sebelum 31 Ogos). Pihak MDTampin tidak lagi menghantar bil cukai taksiran mulai penggal ke-2 2021. Untuk mendapatkan nombor akaun cukai taksiran anda sila email nama, nombor kad pengenalan dan alamat harta ke [email protected]. Sila gunakan saluran berikut untuk membuat pembayaran.

 

1. Pembayaran Dalam Talian / Online

PBTPay

PBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Anda boleh menyemak bil cukai taksiran dan membuat pembayaran melalui kemudahan FPX yang disediakan. Jangan lupa kemaskini maklumat nombor telefon bimbit anda untuk menerima sebarang notifikasi cukai anda. Layari https://pbtpay.kpkt.gov.my

JomPay

Jompay online di Perbankan Internet dan telefon mudah alih dengan akaun semasa, simpanan dan kad kredit.

Biller Code : 67413
Ref 1 : T-040000120-00 (No. akaun cukai)
Ref 2 : No. Telefon Bimbit

 

2. Kaunter Bank

Pembayaran cukai taksiran diterima melalui kaunter bank-bank berikut di seluruh negara
Nota : Pastikan nombor akaun cukai taksiran dan nombor telefon bimbit anda dicatatkan pada resit pembayaran.

  • Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)

3. Kaunter MDTampin

  • Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Tampin, 73000 Tampin, NSDK
  • Kaunter Cawangan Gemas, Dataran Satria, 73400 Gemas, NSDK